Lelaki Warga Indonesia Maut Digilis Lori Sawit

Lelaki Warga Indonesia Maut Digilis Lori Sawit

0
SHARE

MARUDI, SARAWAK – Lelaki warga Indonesia yang terjatuh dari tempat duduk penumpang sebuah lori mengangkut sawit maut selepas dipercayai digilis kenderaan terbabit petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Bakong dekat sini kira-kira jam 3.20 petang.

“Mangsa meninggal dunia dikenali Bakir Daeng Serang, 43 tahun.

“Mangsa disyaki terjatuh dari tempat duduk penumpang lori mengangkut sawit sebelum digilis kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alexson berkata, pihaknya hanya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.52 malam kelmarin.

“Pegawai polis trafik melawat ke tempat kejadian dan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.