Thursday, February 21, 2019
Lesen Hospital Mawar Medical Centre (MMC) Seremban Dibatalkan Oleh KKM

Lesen Hospital Mawar Medical Centre (MMC) Seremban Dibatalkan Oleh KKM

0
SHARE

PUTRAJAYA – Lesen hospital Mawar Medical Centre (MMC) di Seremban, Negeri Sembilan dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuat kuasa hari ini selepas didapati melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, MMC perlu mengembalikan lesen hospital dan memberhentikan operasi hospital serta-merta.

Dr Dzulkefly Ahmad…
 Menjelaskan perincian berhubung kes tersebut, Dzulkefly berkata, MMC telah mengemukakan representasi kepada kementerian susulan notis surat tunjuk sebab untuk membatalkan lesen yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan pada 12 November lepas.

“Bagaimanapun, pihak Mawar Medical Centre gagal mengemukakan penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Oleh itu, representasi yang dikemukakan itu tidak dapat dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.