Lim Guan Eng DiKecam Guna Laman Web Dan Facebook Page Rasmi MoF...

Lim Guan Eng DiKecam Guna Laman Web Dan Facebook Page Rasmi MoF Serang Kerajaan Negeri Pahang

0
SHARE
Lim Guan Eng...

PUTRAJAYA – Orang ramai hari ini mengecam tindakan tidak profesional Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia apabila menggunakan Laman Web dan Facebook Page rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menyerang Kerajaan Negeri Pahang.

Siaran Media dipetik dari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)…

Dalam satu kenyataan media rasmi yang disiarkan bertarikh 22 Januari 2019, Lim Guan Eng berkata “mampukah Kerajaan Negeri Pahang jalankan pembangunan yang mampan dengan jumlah hutang tertinggi di Malaysia sebanyak RM3.2 bilion pada akhir 2018, dan belanjawan berdefisit setiap tahun dengan defisit terkumpul sebanyak negatif RM228 juta pada akhir 2017?”.

Siaran Media dipetik dari laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)…

Tinjauan Malaysia Kini 2.0 ke page rasmi Facebook MOF sehingga jam 5.30 petang tadi, hampir 2 ribu komen daripada para netizen majoritinya jelas kelihatan mengecam tindakan terkini Lim Guan Eng tersebut.

Majoriti para netizen menzahirkan Lim Guan Eng tidak sepatutnya menggunakan Laman Web dan Facebook rasmi MOF bagi tujuan politik…

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland kali ini turut menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia mengenai tahap integriti DAP dan Pakatan Harapan (PH) apabila sebelum ini turut tular gambar salah seorang jentera DAP mengagihkan wang tunai kepada masyarakat asli.

Juga turut tular sebelum ini gambar kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) Kerajaan disalah gunakan sebagai jentera kempen PH apabila kenderaan tersebut digantungkan bendera PH dan jalur gemilang bagi menutupi logo Jabatan Hutan Pahang tersebut.

Calon BN turut membuat laporan polis selepas jentera Barisan Nasional (BN) membongkar penggunaan kenderaan tersebut yang telah disalah guna bagi tujuan kempen Pakatan Harapan (PH).