Madius Dan Shafie Apdal Kena Maki Dakwa Kerajaan Sabah Telah Belanja RM115...

Madius Dan Shafie Apdal Kena Maki Dakwa Kerajaan Sabah Telah Belanja RM115 Juta Untuk Bantuan Makanan Serta Kewangan Kepada Rakyat Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Kalau kau ada di Sapagaya aku tampar muka mu, ini penipu besar!!, bantuan kepala bota* ko, bantuan masuk kantung kau la ada!!”, ini adalah antara luahan dengan nada marah rakyat Sabah mengulas kenyataan Madius Tangau selepas mengesahkan kononnya Kerajaan Negeri Sabah sudah membelanjakan lebih RM115 juta untuk bantuan makanan serta kewangan yang disalurkan kepada rakyat Sabah yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Memetik kenyataan Madius Tangau yang disiarkan melalui portal media tempatan berkata “peruntukan di bawah Pakej Bantuan COVID-19 Sabah itu membabitkan 554,675 orang penduduk Sabah termasuk yang tinggal di Semenanjung.”

Foto kenyataan Madius yang disiarkan oleh portal media tempatan pada 17 Mei mendapat kecaman yang teruk oleh rakyat Sabah…

“Bagi bantuan rakyat Sabah golongan B40 yang bertugas di Semenanjung, seramai 70,128 masih memerlukan peruntukan”.

Madius berkata lagi “Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah telah meminta supaya semua bantuan sebaiknya diserahkan kepada rakyat Sabah sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.”

Walau bagaimanapun, kenyataan Madius tersebut mendapat reaksi negatif dan kecaman teruk dari rakyat Sabah yang cukup marah dengan alasan bantuan yang telah dinyatakan oleh Madius tersebut langsung tidak sampai kepada kepada mereka (rakyat Sabah).

“Kalau pun ada bantuan yang diberikan oleh Parti Warisan, ianya cukup terhad malahan berpilih-pilih.”

“Sudah masuk bulan ke-2 PKP, satu barang bantuan pun kami tidak dapat.”

“Shafie Apdal memang Ketua Menteri yang cukup teruk, kami berharap agar beliau dan Parti Warisan termasuk UPKO, PKR dan DAP segera ditukar sama seperti di Kedah.”

“Sepatutnya Shafie mencontohi Kerajaan Negeri Sarawak yang memberikan bantuan kepada golongan B40 sebanyak RM250 selama 6 bulan, ini tidak, bantuan yang diberikan pun hanya kepada mereka yang telah berdaftar dengan E-Kasih sahaja malahan itu pun ramai yang mengadu sehingga kini masih belum dapat wang bantuan tersebut.”

Kerajaan Negeri Sarawak bari bantuan kepada golongan B40 sebanyak RM250 selama 6 bulan di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang…

“Belum pernah dalam sejarah sepanjang hidup kami jawapan proses bantuan permohonan ‘SURUH BERSABAR’ melainkan di Sabah, Shafie dan Kerajaan Sabah sekarang ni memang cukup teruk.”

“Shafie berjanji sebelum ini rakyat Sabah tidak perlu keluar rumah, Kerajaan Sabah sendiri akan hantar makanan ke hadapan pintu rumah tapi kenyataan Shafie tersebut jelas satu pembohongan, sehingga kini ramai di antara kami yang belum menerima apa-apa bantuan,” demikian sebahagian kenyataan rakyat Sabah mengulas kenyataan Madius melalui hantaran di laman media sosial Facebook.

Shafie memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)
Shafie memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)

Berikut adalah sebahagian kecil komen-komen marah rakyat Sabah berhubung perkara ini;