Mahadzir Masuk ICU, Tetapi Keadaan Stabil Di PPUM

Mahadzir Masuk ICU, Tetapi Keadaan Stabil Di PPUM

0
SHARE

PETALING JAYA – Datuk Mahadzir Lokman, 60, dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Walaubagaimanapun, menurut sumber keluarga terdekat personaliti televisyen dan pengacara terkenal itu berada dalam keadaan yang stabil.

Menurut Danial, adik kepada Mahadzir mengatakan bahawa beliau (Mahadzir) baharu pulang dari Jakarta, Indonesia, atas urusan kerja dua hari lalu. Danial juga turut melaporkan kepada pemberita bahawa  Mahadzir mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.

“Pihak doktor pun dah sambungkan tiub ke badan abang saya bagi memantau kesihatannya. Saya dimaklumkan bahawa keadaannya sangat kritikal dan dia masih belum sedarkan diri.

“Buat masa ini, semua ahli keluarga berada di sini (PPUM) untuk bergilir-gilir menjaganya,” katanya yang memohon agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan agar Mahadzir cepat sembuh daripada sakitnya.

Personaliti televisyen ini telah memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama untuk stesen televisyen tersebut.

Mahadzir pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Pengacara yang serba boleh ini termasuklah boleh bertutur dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyebabkan Mahadzir sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Beliau juga pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.