Mahathir & Pakatan DAP Akan Dihancurkan Pada Hari Rabu

Mahathir & Pakatan DAP Akan Dihancurkan Pada Hari Rabu

0
SHARE

Kenapa Tun Mahathir begitu marah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan pengundiannya pada hari Rabu? Ada sebabnya.

Hari Rabu merupakan hari keempat dari tujuh (7) hari dalam seminggu. Sebab itu dalam bahasa Arab hari Rabu dinamakan الأربعاء (al arbiea’) atau artinya hari yang ke-empat.

Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu.

Maka Baginda menjawab, “Hari Rabu adalah Hari Bencana yang terus-menerus.”

Para sahabat bertanya, ”Mengapa demikian ya, Rasulullah?”

Lalu Baginda menjawab, “Karena pada hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Firaun dan kaumnya, memusnahkan kaum ’Aad dan kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Salleh AS yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya.

Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakitnya, hendaknya ia meminum ubat pada Hari Rabu.

Hal-hal yang berkaitan dalam Islam pada hari Rabu:

1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hud Hud

2. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi.

3. Firaun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil.

4. Namrud dibinasakan dengan nyamuk.

5. Allah menghancurkan kaum nabi Salleh a.s

6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibril as.

7. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

8. Allah menghancurkan Raja Namrud bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.

Mahathir tahu sejarah sejarah ini. Banyak orang jahat telah dibinasakan niat jahat mereka oleh Allah SWT pada hari Rabu.

Firaun juga dibinasakan pada hari Rabu. Di Malaysia, Mahathir digelar oleh orang PKR sebagai “Mahafiruan”. Takut Mahathir bila kembali guna logo PKR.

Cari penyakit sebenarnya buat Mahathir bila setuju pakai logo PKR. Ubat penyembuh penyakit pun disuruh makan hari Rabu.

Mahathir amat takut segala kejahatannya bersama DAP akan hancur pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Lagipun menurut Feng Shui Cina, tarikh kali ini tidak bagus bagi DAP dan juga kroni Mahathir yang ramai daripadanya adalah daripada orang Cina.

Penamaan calon pada 28 April : 4+2+8=14 (实死 = Pasti mati mengikut maksud Kantonis)..

Hari Pengundian pada 9 Mei: 5+9=14 (Maksud “pasti mati”)

Mengikut kalendar lunar Cina, 9 Mei jatuh pada hari ke 24 dari bulan ketiga.

农历 三月二十四= 易死

24 bermaksud “senang mati” dalam bahasa Kantonis. Lebih lebih lagi kali ini DAP tidak lagi guna logo roket dan guna logo PKR. Sudah pasti pertukaran logo ini akan “mempercepatkan lagi kematian DAP”.

Bahaya tarikh SPR kali ini. Boleh beri “bencana” pada Mahathir dan “kematian” pada DAP.

Tulisan : Janice James

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi seorang pengirim/pembaca dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…