Mahkaman Pilihan Raya Sahkan Kemenangan Anifah Aman Pada PRU14 Terbatal

Mahkaman Pilihan Raya Sahkan Kemenangan Anifah Aman Pada PRU14 Terbatal

0
SHARE
Datuk Seri Anifah Aman...

KOTA KINABALU, SABAH – Mahkamah Pilihan Raya di Kota Kinabalu, hari ini memutuskan kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu terbatal kerana terdapat unsur manipulasi termasuklah wujud kertas undi tambahan yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu, justeru kemenangan tersebut terbatal.

Pada 18 Jun lalu, Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) menamakan Anifah yang ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihanraya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Datuk Karim Bujang…

Peguam Anifah, Tengku Fuad Ahmad, berkata pempetisyen itu menuduh Anifah melakukan rasuah dan amalan rasuah.

“Mahkamah menolak tuduhan itu, yang bermaksud Datuk (Anifah) tidak melakukan apa-apa yang salah dan dia seorang calon yang baik. Dalam hal ini, pempetisyen, (Datuk Karim Bujang) perlu membayar Anifah sebanyak RM105,000.

“Pempetisyen itu juga mendakwa SPR melakukan perkara yang salah ketika pilihan raya berkenaan di kampung Brunei dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cheng Meng yang mana ada 284 kertas undi tambahan di dalam kotak undi yang mana cukup untuk menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya.

Fuad berkata, keputusan itu akan menjejaskan kedudukan Anifah dan mungkin menyebabkan pilihan raya.

“Kita akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Peguam Karim, Frederick Chang Tyn Chi, berkata atas keputusan itu Mahkamah Pilihan Raya memerintah SPR membayar Karim sebanyak RM100,000.

Pada PRU-14 yang lalum Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar Negeri, memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau mendapat 11,942 berbanding 11,786 undi yang diraih oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Namun pada September tahun lalu, Anifah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen PRU-14 lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.