Majlis Keselamatan PBB Bakal Adakan Mesyuarat Tergempar

Majlis Keselamatan PBB Bakal Adakan Mesyuarat Tergempar

0
SHARE

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar tengah atas permintaan Jepun dan Amerika Syarikat (AS) tengah hari ini waktu tempatan, susulan pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara.

Mesyuarat yang dirancang di New York itu dibuat ketika Washington dan Jepun bersetuju meningkatkan tekanan ke atas Pyongyang selepas ia membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik awal hari ini.

Pelancaran itu menunjukkan peningkatan ketika ketegangan memuncak berhubung program senjata nuklear Korea Utara.