Malaysia Cecah Angka 4,119 Selepas 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Dicatatkan

Malaysia Cecah Angka 4,119 Selepas 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Dicatatkan

0
SHARE
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Terdapat lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan Malaysia hari ini iaitu sebanyak 156 orang, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini adalah sebanyak 4,119 orang, bersamaan 36.10.%.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj adalah sebanyak 166 orang dan menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 1,487orang.

Sumbere Foto; KKM…

Menurutnya lagi, jumlah pesakit positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini iaitu sebanyak 76 kes di mana daripada jumlah itu, sebanyak 45 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berdukacita memaklumkan bahawa terdapat lagi 2 kes kematian dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia setakat ini 65 orang atau 1.58% daripada keseluruhan kes.

Sumber Foto; CPRC Kebangsaan, KKM…