Malaysia Catat Kematian Ke-20 Akibat Penularan Wabak COVID-19

Malaysia Catat Kematian Ke-20 Akibat Penularan Wabak COVID-19

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan jumlah kematian yang meningkat akibat penularan wabak pandemik COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 3 kes kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan angka korban ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes,” katanya dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.