Malaysia Catat Pesakit COVID-19 Termuda Berusia 12 Hari

Malaysia Catat Pesakit COVID-19 Termuda Berusia 12 Hari

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mencatatkan satu kes positif COVID-19 termuda iaitu bayi berusia 12 hari, demikian menurut pendedahan oleh Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi berkenaan adalah seorang daripada mangsa menerima jangkitan dalam gelombang kedua wabak itu di negara ini.

“Ketika gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, dan gelombang kedua pula ialah seorang bayi berusia 12 hari. Manakala psakit tertua pula berusia 83 tahun,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah…

Dalam pada masa yang sama, Noor Hisham berkata bahawa golongan yang mempunyai imunisasi rendah menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan rawatan.

Menurutnya, tiga faktor berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu individu berusia 70 tahun ke atas, mempunyai penyakit lain dan mendapatkan rawatan lewat iaitu di peringkat memerlukan bantuan pernafasan.

“Strategi kita adalah untuk melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti pesakit berusia dan mempunyai penyakit lain…

“Golongan ini harus dilindungi dan memastikan mereka duduk di rumah,” katanya dalam sidang media harian terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, berdasarkan rekod KKM mendapati pesakit Covid-19 mempunyai peluang untuk pulih sekiranya mereka mendapatkan rawatan sepenuhnya.