Malaysia Dan Singapura Setuju Tangguhkan Projek HSR

Malaysia Dan Singapura Setuju Tangguhkan Projek HSR

0
SHARE
Sumber Foto; FMT

KUALA LUMPUR – “Keputusan untuk menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dicapai secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata seperti yang dipersetujui kedua-dua negara projek tersebut akan diteruskan pada 2020, justeru tidak timbul isu ketegangan hubungan dua hala.

“Tapi sekarang kita sudah putuskan secara baik. Kita tunggu untuk meneruskan projek ini pada 2020 dan itu yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Lee Hsien Loong…

Sebuah media republik itu hari ini menyiarkan laporan menyatakan Lee mengakui tindakan Putrajaya mahu membatalkan projek HSR berpotensi menjadi isu namun persetujuan bersama dicapai untuk menangguhkannya selama dua tahun.

Lee berkata keputusan itu adalah penyelesaian konstruktif terhadap suatu isu yang boleh menimbulkan ketegangan.

– BERNAMA