Manifesto PH Bukan Bible Yang Patut Dipatuhi- Tun M

Manifesto PH Bukan Bible Yang Patut Dipatuhi- Tun M

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan kitab suci yang wajib dipatuhi berhubung pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Memetik laporan Malaysia Kini, Tun Dr Mahathir dipetik berkata “atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan ‘kitab suci’, ia hanya panduan.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berjanji akan melantik Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara dari kalangan ahli parlimen dewan negara yang berintegriti.

Kenyataan terbaru oleh Tun Mahathir ini dilihat oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, sebagai satu petanda lebih banyak lagi janji dalam manifesto PH semakin sukar untuk dilaksanakan.

Sebelum ini Pakatan Harapan berjanji akan mengurangkan beban rakyat dalam tempoh 100 hari sekiranya dipilih mentadbir Malaysia.

Rakyat juga masih menunggu kadar minyak diturunkan ke paras 1.50 seliter, penghapusan tol di seluruh Malaysia dan gaji minima sebanyak rm1500.00. Ini adalah termasuk 60 janji dalam manisfesto pakatan harapan sebelum ini.