Masalah Gangguan Facebook Undang Kemarahan Pengguna Di Seluruh Dunia

Masalah Gangguan Facebook Undang Kemarahan Pengguna Di Seluruh Dunia

0
SHARE

WASHINGTON – Laman sosial Facebook dilaporkan mengalami masalah gangguan perkhidmatan semalam, hingga menimbulkan kemarahan pengguna di seluruh dunia.

AFP melaporkan bahawa mereka turut memilih media sosial, Twitter untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing.

Menurut laman web downdetector.com, gangguan itu menjejaskan sebahagian besar pengguna di Amerika Utara dan Eropah.

Namun, ia berjaya dipulihkan dalam tempoh satu jam.

Dalam tempoh itu, orang ramai yang cuba memasuki laman web Facebook akan menerima mesej ‘tiada perkhidmatan’ dan ada juga yang menerima nota bahawa perkhidmatan itu akan pulih tidak lama lagi.

“Ketika ini, Facebook sedang mengadakan kerja penyenggaraan, tetapi anda boleh menggunakan kembali perkhidmatan ini dalam tempoh beberapa minit lagi.

“Terima kasih kerana bersabar ketika kami sedang menaik taraf laman web ini,” kata mesej berkenaan.