Masyarakat Islam Digesa Elak Pergeresan Sesama Mereka – Tun Sakaran

Masyarakat Islam Digesa Elak Pergeresan Sesama Mereka – Tun Sakaran

0
SHARE
Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai...

KOTA KINABALU, SABAH – Dalam rangka memacu Islam terus maju kehadapan, umat Islam hendaklah memelihara hati agar terus mengasihi sesama Islam, menjauhkan pengeseran dan perbalahan yang tidak berkesudahan walaupun ada perbezaan pandangan serta prinsip kehidupan, supaya dapat mencari titik persamaan agar ummah terus gemilang.

Demikian menurut Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran bin Dandai ketika menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri 2018M/1439H.

Katanya pelbagai cabaran terkini dan realiti yang perlu dihadapi oleh masyarakat Islam dan usaha berterusan untuk melahirkan negara yang aman, harmoni hendaklah dikekalkan.

“Marilah kita berlapang dada dengan perbezaan agar kita bergerak bersama-sama membina masa hadapan yang lebih cemerlang”

Menurut beliau perpaduan antara kaum yang terbena selama berpuluh tahun yang menjadi paksi kewujudan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya menjadi tiang dan aset terpenting dalam pembikinan negara Malaysia.

“Oleh itu kita berharap masyarakat Islam terutama rakyat Malaysia rakyat Malaysia boleh menepis unsur-unsur negatif, tomahan maupun fitnah yang tidak berasas sehingga mampu memporak-perandakan keadaan dan memusanahkan segala yang terbina selama ini.”

Jadikan bulan Ramdahan sebagai kebaikan untuk melatih dan membiasakan diri untuk memiliki sifat-sifat mulia antaranya  sifat sabar, tawqduk dan bersyukur kerana ibadah puasa merupakan satu perjalanan sprittual bagi mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal seseorang.

Katanya moga  Ramadhan yang telah dilalui akan menjadikan seseorang individu itu sanggup berkerjakeras , meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam  menggunakan segala peluang dengan bijak untuk mencorak kehidupan yang lebih cerah.

Sakaran juga menggesa masyarakat Islam bersempena hariraya aidilfitri ini agar menjiwai makna Islam yang hanif, dengan menyantuni kebenaran, keadilan dan kedamaian di kalangan sesama insan selain mempraktikkan amalan bersedekah kerana ianya bukan saja baik untuk kita, malah membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

“Semarakkan budaya tradisi kunjung mengunjung di hari yang mulia ini, kita ada rumah terbuka, kita hormati yang tua, kita sayang yang muda, raikan sanak saudara dan tetamu kita dengan menghidangkan pelbagai juadah hariraya.”

Mantan Yang Dipertua Negeri Sabah itu juga mengajak masyarakat Islam agar sentiasa  mengerat dan  memperkukuhkan nilai-nilai ketaqwaan  kepada Allah SWT.

Beliau mendoakan mereka yang balik kampung menggunakan kenderaan agar selamat jalan dan selamat sampai ke distinasi yang di tuju dengan harapan mereka sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Disamping menjaga keselamatan diri dan keluarga jangan pula lupa keselamatan harta benda terutama yang hendak meninggalkan kediaman sewaktu balik kampung, pesan dengan jiran atau maklumkan kepada pihak Polis.”

Akhirnya  beliau dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hariraya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia.