Thursday, February 21, 2019
Mayat Manusia Bakal Ditukarkan Kepada Baja Kompos Di Washington

Mayat Manusia Bakal Ditukarkan Kepada Baja Kompos Di Washington

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

OLYMPIA, WASHINGTON – Mayat manusia ditukarkan kepada baja kompos. Pelik, tetapi inilah yang berlaku kepada Washington di Amerika Syarikat apabila bakal  membenarkan penduduknya mengubah mayat ahli keluarga sebagai baja kompos manusia untuk menanam pokok.

Perkara ini sedang menunggu kelulusan daripada dewan perundangan negeri tersebut sama ada meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut ataupun tidak. Jika lulus, maka cita-cita sesetengah penduduk negeri itu ‘menjadi pokok’ dengan mengubah mayat manusia kepada baja organik akan dipenuhi bermula bulan hadapan.

Tambahan, jika diluluskan RUU tersebut, Washington akan menjadi negeri pertama di dunia menjadikan mayat manusia sebagai baja kompos.

Proses dikenali sebagai ‘kompos semula’ itu memberi alternatif berbanding disemadi dalam keranda biasa selepas seseorang meninggal malah dikatakan lebih menjimatkan dan mesra alam.

Antara kaedah ‘kompos semula’ dicadangkan adalah dengan meletakkan mayat dalam sebuah bekas tekanan tinggi bersama air dan bahan beralkali yang akan menukar badan manusia menjadi baja dan boleh ditanam terus di bawah sebatang pokok.

Idea pelik itu timbul disebabkan pengebumian biasa di Barat banyak menyuntik bahan kimia ke dalam mayat yang akhirnya menyerap masuk ke dalam tanah manakala kaedah membakar mayat pula melepaskan banyak gas karbon dioksida.