Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Semak, Dipercayai Mangsa Langgar Lari

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Semak, Dipercayai Mangsa Langgar Lari

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan..

BANDAR PERMAISURI, KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam semak petang semalam, dipercayai akibat langgar lari beberapa jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata mayat Jamaludin Yusof, 39, dijumpai di kilometer 57, Penarik, di sini, kira-kira pukul 6.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

“Dipercayai kemalangan yang melibatkan mangsa ini telah berlaku beberapa jam sebelum mayatnya ditemukan. Mangsa mungkin telah dilanggar lari oleh kenderaan lain atau terbabas bersendirian.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati terdapat kerosakan akibat kesan perlanggaran pada bahagian belakang motosikal dan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Afandi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.