Memalukan!! Shafie Apdal, Darell Tidak Hadir, Madius Tangau Pula Jadi ‘Bisu’ Bila...

Memalukan!! Shafie Apdal, Darell Tidak Hadir, Madius Tangau Pula Jadi ‘Bisu’ Bila MP Sabah Sarawak Sepakat Minta Pindaan Rang Undang-undang Sabah Sarawak Ditangguh Untuk Penambahbaikan?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dewan rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sepakat bangun membantah agar pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung ditangguhkan sementara menunggu perbincangan lanjut diperingkat Sabah dan Sarawak.

Ironinya Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau yang juga Presiden UPKO Sabah turut berada di dalam Dewan Rakyat tersebut hanya mendiamkan diri meskipun didesak untuk bangun bersama-sama membantah.

Rata-rata netizen dilihat marah dan menempelak Madius dengan melabelkan pemimpin tersebut sebagai pengecut dan gelaran ‘katak’ selepas tersebarnya video tersebut

Wakil-wakil Ahli Parlimen daripada parti PBS,STAR termasuk PBB Sarawak (GBS) dan UMNO kelihatan telah sepakat dan bangun membantah agar pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut perlu ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan bagi tujuan perbincangan melalui jawatankuasa dan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak.

Tidak dapat dipastikan sama ada Presiden dan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dan Darell Leiking turut berada di dalam Dewan tersebut.

Namun, merujuk kepada video yang tular kedua-dua pemimpin Warisan kelihatan tidak bangun bagi mempertahankan agar rang undang-undang tersebut perlu ditangguhkan.

Netizen turut menzahirkan kemarahan mereka dengan kedua pemimpin Warisan ini yang mana menurut mereka hanya mendiamkan diri semasa MP Sabah Sarawak bangun membantah tindakan rang undang-undang daripada dibentangkan.

“Perjuangan kedua-dua pemimpin Warisan ini hanya dilihat pembohongan semata-semata kononnya mahu menuntut hak Sabah,” tambah mereka lagi.

RUU yang yang telah berjaya dibentangkan untuk bacaan kali pertama itu terkandung dalam versi dwibahasa empat muka surat itu bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi menyatakan semua negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan, dengan ubah suaian, kedudukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Pindaan itu dicadangkan dibuat selaras semangat Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada 1963.

Terdahulu sebelum pembentangan rang undang-undang tersebut dibacakan Datuk Seri Maxmimus Ongkili Presiden PBS telah bangun membantah agar rang undang-undang tersebut perlu melalui proses perbincangan yang seluas-luasnya serta melalui jawatankuasa khas dan perlu dibawah ke Dewan Undangan Negeri penilaian yang mendalam sebelum dibentangkan.

Maximus dalam satu kenyataan lain juga berkata lagi “sekian lama saya menanti dengan penuh harapan agar pindaan ini benar-benar mengangkat status Sabah dan Sarawak sebagai “equal partner” dengan Malaya. Malangnya hari ini saya nampak Manisfesto PH hanyalah gimik politik utk memancing undi rakyat Sabah dan Sarawak oleh Parti PH dan Warisan. Hari ini adalah hari yang amat mendukacitakan.”

Wan Junaidi pula berkata “Peraturan 48, notis perlu diberikan dalam tempeh 24 jam sebelum bacaan kali pertama dibuat dan MP baru diberikan pagi ini dan kerajaan sepatutnya menubuhkan dahulu “select committee’ jawatankuasa khas sebelum rang undang-undang dibacakan.”

“Jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri juga masih bersidang (bagi membincangkan perjanjian Malaysia 63) dan ada baiknya kita tunggu apa keputusan hasil daripada jawatankuasa tersebut baru rang undang-undang tersebut dibacakan.”

Wan Junaidi turut menambah telah menerima lima panggilan dan menyatakan tidak ada apa-apa (yang baharu) dalam rang undang-undang tersebut.

Datuk Bung Moktar Ahli Parlimen Kinabatangan, Pengerusi UMNO Sabah pula berkata “Saya turut menerima lebih dari sepuluh panggilan berhubung masalah ini,¬† Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri masih berjalan membincangkan (MA63) dan perkara ini sudah berpuluh tahun tidak dirungkai dan adalah lebih elok ditangguhkan dahulu pembentangan ini Dan duduk bincang apa implikasinya terhadap rakyat Sabah dan Sarawak.”

Datuk Dr Jeffrey Kitingan Ahli Parlimen Keningau, Presiden STAR pula berkata “Saya cadangkan supaya pembentangan rang undang-undang ini ditarik balik¬† kerana masih memerlukan perbincangan dan perlu dibahas diperingkat Dewan Undangan Negeri Sabah Dan Sarawak”.

Datuk Seri Ismail Sabri Ahli Parlimen Bera, Naib Presiden UMNO pula berkata “Saya juga bersetuju dengan pendapat ahli parlimen Sabah dan sarawak, pindaan ini tidak membawa erti apa-apa hanya masih lagi menyebut nama negeri cuma yang membezakan ialah hanya ada dua ‘line’ sahaja iaitu A dan B, pindaan ini seolah-olah hendak mempermain-mainkan rakyat Sabah dan Sarawak.”

Doktor Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor, president MCA berkata “Kalau sekadar hendak tukar nama daripada “division’ bahagian A ke bahagian B tidak memadai dan ini bukan cita rasa rakyat Sabah dan Sarawak dan sepatutnya sebelum rang undang-undang ini dibentang perlu melalui jawatan kuasa khas Parlimen.”

Dato Sri Fadillah, ahli parlimen Petra Jaya, Sarawak, Ketua pemuda PBB berkata “Kita mencadangkan agar ‘select committee’ diwujudkan untuk mempertimbangkan keputusan yang telah dibuat oleh jawatan kuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi memperincikan hak dan keistimewaan rakyat Sabah Dan sarawak”.