Memalukan!! Shafie Apdal Disaran Letak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen Dan ADUN Selepas...

Memalukan!! Shafie Apdal Disaran Letak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen Dan ADUN Selepas Semporna Digelar Daerah Paling Kotor Di Malaysia?

0
SHARE
Shafie Apdal...

SEMPORNA, SABAH – Masalah sampah-sarap yang tidak terkawal di daerah Semporna dikatakan masih lagi menjadi isu utama dan ‘panas’ khususnya kepada pelancong luar negara yang datang berkunjung ke daerah Semporna meskipun wujud usaha membersihkan Semporna oleh agensi yang berkaitan.

Isu kekotoran dan sampah-sarap ini jelas memberikan gambaran (signal) yang amat buruk dan memalukan kepada negeri Sabah yang turut dikenali sebagai sebuah negeri pelancongan dan juga kepada Malaysia secara amnya.

Baru-baru ini, seorang pelancong luar negara turut memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang menggelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia serta dihuni oleh ramai individu yang tidak mempunyai dokumen yang sah (PATI).

Beberapa hari yang lalu sekali lagi telah tular beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan beberapa kampung di Semporna dipenuhi sampah-sarap sehingga mengundang kecaman daripada netizen.

Menurut salah seorang seorang pelancong yang hanya dikenali sebagai Catherine Ong berkata “masalah sampah sarap yang tidak terkawal di Semporna bukannya perkara baharu tetapi ianya sudah berlaku sejak belasan tahun yang lalu. Pelancong luar negara yang pernah berkunjung ke Semporna turut berkongsikan pengalaman mereka mengenai Semporna sebagai daerah yang paling kotor melalui blog dan laman web pelancongan dunia lainnya”.

Catherine berkata lagi “seluruh dunia tahu Semporna adalah sebuah daerah yang kotor tetapi tarikan Pulau Sipadan dan Mabul masih lagi menjadi punca mengapa pelancong masih lagi berkunjung ke Semporna. Justeru itu, ahli Parlimen di Semporna dilihat telah gagal mengurus Semporna dengan baik dan sepatutnya meletak jawatan untuk memberikan pula peluang kepada orang lain menguruskan Semporna dengan lebih baik”.

Terdahulu, pada 19 januari 2014 seorang pelancong yang berasal daripada Romania turut memuat naik komen di laman sesawang Travel Advisor yang bertajuk “Don’t go in Semporna, Malaysia, The Kingdom of Dirty! (Jangan pergi Semporna, Raja Segala Kekotoran).

Semporna sebelum ini juga turut dikenali sebagai kawasan hitam apabila enam anggota polis dibunuh dengan kejam dalam serangan hendap oleh kumpulan pengganas di Kampung Simunul Semporna pada 2 Mac 2013 yang lalu.

Masalah pendatang tanpa izin (PATI) dan juga beberapa masalah sosial lainnya turut menjadi masalah utama, berkemungkinan disebabkan kedudukan Semporna yang begitu hampir dengan negara Filipina.

Pada 18 Dis lalu bertempat di Kampung Bangau-Bangau Semporna, seramai 105 individu telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, tidak memiliki dokumen yang sah termasuk seorang individu berkaitan kes senjata api.

Untuk rekod, Shafie Adpal telah menjadi ahli Parlimen Semporna sejak tahun 1995 lagi dan pernah menjawat jawatan Menteri Persekutuan di beberapa Kementerian Persekutuan, namun jika dilihat dari sudut pembangunan dan data di kalangan penduduk msikin tegar Semporna masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan daerah lain di Sabah.

Dalam pada itu mengulas isu yang sama, seorang penganalisis politik bebas Baharuddin pula berkata “imej Sabah dan Malaysia secara amnya telah tercemar di seluruh dunia dan perkara ini amat memalukan mengulas seorang pelancong memuat naik video di You Tube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ dan menyifatkan peranan Shafie Apdal menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Persekutuan sebelum sebagai gagal sepenuhnya.

“Sepatutnya Shafie boleh memanfaatkan sepenuhnya membangunkan Semporna sebagai sebuah daerah yang maju dan bersih semasa Shafie masih lagi memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar,” tambah Baharuddin.

Baharuddin turut berkata “adalah terlalu mustahil untuk Shafie Apdal menerajui Sabah menjadi negeri maju, sedangkan dalam masa yang sama Shafie dilihat gagal membangunkan Semporna walaupun pada hakikatnya Shafie telah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1995 dan menjawat jawatan Menteri Kanan Persekutuan untuk tempoh yang agak lama.”

Berikut adalah komen-komen oleh para Netizen setelah tular beberapa keping gambar di media sosial Facebook yang jelas menunjukkan beberapa kampung di Semporna dipenuhi sampah-sarap;