Memang Benar Dan Berfakta Shafie Ketua Menteri Penipu, Rakyat Sabah Kecam Pemimpin...

Memang Benar Dan Berfakta Shafie Ketua Menteri Penipu, Rakyat Sabah Kecam Pemimpin Parti Warisan Buat Laporan Polis

0
SHARE
Shafie Apdal..

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak pagi tadi rakyat Sabah dilihat tampil mengecam Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah kerana telah membuat laporan Polis ke atas rakyat Sabah yang telah melabelkan Shafie sebagai Ketua Menteri “penipu”.

Laporan Polis yang mula tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi telah dibuat oleh Mohamad Hanafiah Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Batu Sapi di IPD Sandakan Sabah pada 01 Jun baru-baru ini.

Salinan laporan Polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Batu Sapi…

Mutakhir ini, rakyat Sabah tanpa berselindung kelihatan amat marah terhadap Shafie kerana telah gagal mengotakan janji untuk menyalurkan bantuan makanan dan wang secara ‘one-off’ kepada rakyat Sabah yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan akibat penularan wabak COVID-19.

Rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia turut mengecam Shafie kerana telah gagal menyalurkan bantuan kewangan seperti yang telah dijanjikan walaupun telah mengisi borang pada akhir Mac 2020.

Sumber Foto dipetik daripada laman media sosial Faccebook…

Anak Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia juga turut membuat aduan jawapan permohonan yang diberikan kepada mereka hanyalah disuruh bersabar.

Sumber Foto dipetik daripada laman media sosial Faccebook…

Sebelum ini Shafie juga telah berjanji akan menghantar bantuan makanan terus ke hadapan rumah rakyat Sabah yang terjejas, namun janji tersebut telah dinafikan oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

Shafie memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)

Mereka (rakyat Sabah) berkata, “kenyataan Shafie ini jelas mengesahkan bahawa beliau adalah seorang Ketua Menteri paling ‘penipu’, mana ada bantuan makanan dihantar di hadapan rumah malahan kalau ada pun bantuan hanya berpilih-pilih.”

Sumber foto dipetik daripada Facebook…
Sumber foto dipetik daripada Facebook…

Kalau mereka mengikuti nasihat Shafie alamat mati kebuluranlah di rumah. Mujur semasa PKP, pihak NGO dan UMNO ada menghantar makanan kepada mereka.

Sumber foto dipetik daripada Facebook…
Sumber foto dipetik daripada Facebook…

Aktivis politik yang enggan namanya disiarkan ketika diminta mengulas mengenai isu ini pula berkata sepatutnya rakyat Sabah juga tampil membuat laporan Polis ke atas Shafie kerana sememangnya Shafie telah membohongi seluruh rakyat Sabah.

“Sebelum ini rakyat Sabah telah diperbodohkan apabila bantuan makanan yang bernilai RM100 sebaliknya diterima hanya bernilai RM50.”

Sumber foto dipetik daripada Facebook…
Sumber foto dipetik daripada Facebook…

“Rakyat Sabah bukan bodoh dan pasti akan mengajar Shafie, Parti Warisan, UPKO, PKR dan DAP pada pilihanraya yang akan datang.”

Sebelum ini Shafie dan Madius Tangau turut dimaki oleh sebilangan besar rakyat Sabah membuat kenyataan kononnya Kerajaan Negeri Sabah sudah membelanjakan lebih RM115 juta untuk bantuan makanan serta kewangan yang disalurkan kepada rakyat Sabah yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Foto kenyataan Madius yang disiarkan oleh portal media tempatan pada 17 Mei, dikecam oleh rakyat Sabah…

Berikut adalah sebahagian kecil komen-komen marah dan makian rakyat Sabah terhadap Shafie Apdal dan Madius Tangau berhubung perkara ini;