Mengejutkan, 2/3 Rakyat Austria Menentang Vaksin COVID-19

Mengejutkan, 2/3 Rakyat Austria Menentang Vaksin COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

VIENNA, AUSTRIA – Satu hasil tinjauan nasional yang dikeluarkan Jumaat baru-baru ini oleh P8, sebuah agensi pemasaran terkemuka di negara itu sangat mengejutkan apabila dua pertiga (2/3) daripada sembilan juta rakyat Austria mengatakan enggan menerima suntikan vaksin jangkitan COVID-19 jika ia sudah tersedia.

Menurut tinjauan itu lagi mendapati bahawa hanya 16 peratus (16%) dari responden yang setuju menerima vaksin manakala 16 peratus (16%) lagi belum membuat keputusan.

Berdasarkan tinjauan itu, lebih mengejutkan lagi apabila sembilan daripada 10 responden yang ditemui menentang jika kerajaan Austria mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada rakyatnya.

Tinjuan secara dalam talian itu membabitkan 1,200 responden yang dilakukan antara 28 September dan 1 Oktober lalu.

Tinjauan itu juga menunjukkan gambaran rakyat negara itu kurang yakin dengan usaha kerajaannya dalam menangani pandemik COVID-19.

Satu pertiga (1/3) responden yakin bahawa negara mereka akan bertahan daripada krisis pandemik itu, manakala satu pertiga lagi tidak yakin dan selebihnya tidak percaya negara itu boleh berjaya mengharungi krisis itu dengan berjaya.

Ketika dunia sedang berusaha untuk mengawal pandemik penularan COVID-19 yang mula ditemui di China, hujung Disember 2019, negara-negara di seluruh dunia termasuk anggota Kesatuan Eropah (EU), China, Rusia, UK dan Amerika Syarikat – berlumba-lumba mencari vaksin.

Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada 30 September, terdapat 192 vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan di seluruh dunia, dan 41 daripadanya di peringkat ujian klinikal.