Menteri Besar Negeri Sembilan Tunjuk Lagak Ala Samseng Di Jalan Raya Dapat...

Menteri Besar Negeri Sembilan Tunjuk Lagak Ala Samseng Di Jalan Raya Dapat Kecaman Berterusan Dari Netizen?

0
SHARE

NEGERI SEMBILAN – Gambar yang tular sejak dua hari lepas di laman sosial Facebook dan WhatsApp menunjukkan Tuan Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar (helmet) terus mendapat kecaman daripada para netizen.

Ahli pakatan harapan turut mempersoalkan pegawai-pegawai menteri besar agar lebih prihatin kerana gambar seperti ini sewajarnya tidak terlepas ke media.

Mereka turut mengingatkan ketika beberapa pemimpin BN termasuk Mohamad Hassan dan Khaiy Jamaluddin pernah tular gambar seperti itu, ramai di antara pemimpin dan ahli Pakatan Harapan (PH) mengutuk dengan mengaitkan pemimpin tidak ikut undang-undang, namun dalam masa yang sama pemimpin PH buat perkara yang serupa. Menurut ahli-ahli Pakatan Harapan (PH)lagi adalah jelas tidak memakai topi keledar (helmet) dan motor yang iring memotong di garisan berkembar melakukan kesalahan undang-undang jalanraya.

Berikut adalah komen negatif daripada pengguna laman sosial Facebook terhadap YAB Tuan Aminuddin Harun:

Lynn Ismail: Ni ape ni merempit bersaing2? Dah lah x pakai topi keledar. Membahayakan kesihatan betul. Contoh x baik utk pengguna jalan raya. Mohon #PDRM ambil tindakan dgn segera.

Aki Aki: Mb rempit, mcm mna anak muda tk ikut..nk salahkan siapa…sendiri mau ingt lah.

Zamani: Jln dalam Taman pun boleh dikenakan saman…Faham undang2…Kalau berlaku kemalangan yg menyebabkan kematian apa cerita…Boleh ke jawapan Jalan Kg dekat2 je…Jadi x perlu undang2…Hahaha.

Md Saleh: Sedangkan budak2 felda naik motor dlm kebun sawit pun polis tangkap.ni mentang2 mb.undang2 semua bolih di langgar.

Dija: Br berapa hr jadi kerajaan tapi buat malaysia ni mcm dia yg punya.. Yea lh undang2 dia yg pegang.. Rosak lh malaysia d pegang oleh parti gengster ni..
Bak kata pepatah..paku dulang paku serpih,dlu kata orang skrang dia yang lebih.

Muhd Hafzi: mb patut bgi contoh yg elok.

Deno Haizal: besok2 kena tahan polis pasal x pakai helmet leh bagi alasan YB tu boleh jer x pakai helmet hahaha

Razhan Zain: Takpe kalau jatuh pun berdarah je takpun koma