Menyesal Jual Buah Pinggang Sendiri Demi Memiliki iPhone & iPad

Menyesal Jual Buah Pinggang Sendiri Demi Memiliki iPhone & iPad

0
SHARE

CHENZHOU, CHINA – Ingin memiliki gadjet pintar iPhone dan iPad, seorang lelaki di China sanggup mengambil keputusan untuk menjual buah pinggang sendiri. Namun, tindakan tersebut┬ámengundang padah dan rasa kesal apabila lelaki tersebut┬ákini lumpuh dan terlantar di wad sebuah hospital selepas menjual buah pinggangnya kepada satu sindiket jualan organ di China.

Lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Wang, 25, menjual buah pinggang kanannya kira-kira tujuh tahun lalu dan menerima bayaran 22,000 yuan (RM13,300). Pembeli organ membayar 160,000 yuan (RM96,500) kepada sindiket itu.

Dua pakar bedah, seorang pembantu pembedahan dan jururawat melakukan pembedahan itu di sebuah klinik haram di bandar Chenzhou, wilayah Hunan selepas Wang menyelinap keluar dari rumah keluarganya di wilayah Anhui pada 2011.

Wang sempat membeli sebuah iPhone 4 dan iPad 2 sebelum pulang ke rumah tetapi kesihatannya merosot hingga menyebabkan dia terlantar selain memerlukan penjagaan sepenuh masa.

iPhone 4…

Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara tiga ke lima tahun ke atas anggota sindiket dan doktor terbabit pada bulan April 2012 sementara keluarga Wang menerima pampasan 1.47 juta yuan (RM890,000).