Miliki 14 Gambar Lucah Dalam Telefon Bimbit, Seorang Lelaki Didakwa Di Mahkamah

Miliki 14 Gambar Lucah Dalam Telefon Bimbit, Seorang Lelaki Didakwa Di Mahkamah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

TELUK INTAN, PERAK – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki 14 gambar lucah dalam telefon bimbitya Ahad lepas.

Muhammad Aiman Tan Abdullah, 28, yang tidak bekerja didakwa memiliki 14 gambar lucah itu dalam telefon bimbit miliknya ketika diperiksa di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 11.10 malam, 7 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yag membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan…

Tertuduh yang masih bujang itu meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili Francis Sinnappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan kerana perlu menjaga ibunya.Syahdatul Kamilah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 13 November nanti.

– BERNAMA