Mohamad Ariff Sahkan Terima Usul Cadang Khidmat Beliau Sebagai Speaker Ditamatkan

Mohamad Ariff Sahkan Terima Usul Cadang Khidmat Beliau Sebagai Speaker Ditamatkan

0
SHARE
Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan sudah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Beliau berkata, turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker juga ditamatkan.

Mohamad Ariff berkata, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

“Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi,” katanya.

Sementara itu Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan mengesahkan usul itu dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun) lalu.

Nga Kor Ming…

Nga sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan Parlimen.

– BERNAMA