Muhyiddin Semakin Sihat, Akan Kembali Bertugas Minggu Depan

Muhyiddin Semakin Sihat, Akan Kembali Bertugas Minggu Depan

0
SHARE
Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin...

KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI BERHUBUNG TAHAP KESIHATAN TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN YASSIN;

Keadaan kesihatan YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin semakin baik dan beliau akan kembali bertugas pada minggu hadapan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2018 dan menghadiri beberapa mesyuarat.

Atas nasihat doktor, beliau akan menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.

Pihak pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa tugas-tugas rasmi Tan Sri Muhyiddin adalah agak terhad sepanjang beliau menjalani rawatan susulan.

Ini adalah untuk memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya.

Hafiz Abdul Halim,
Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Dalam Negeri.