Musa Aman Akan Fail Rayuan Ke Mahkamah Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah

Musa Aman Akan Fail Rayuan Ke Mahkamah Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tan Sri Musa Musa Aman akan merayu semula di Mahkamah keputusan kesahan Ketua Menteri Sabah selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tan Sri Musa berkata “saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya, saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah” tambah beliau.

Musa turut menegaskan “saya berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.”

“Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM”.