Muslimin Yahya Bekas Setiausaha Sulit Kanan Noriah Sertai PPBM?

Muslimin Yahya Bekas Setiausaha Sulit Kanan Noriah Sertai PPBM?

0
SHARE
Muslimin Yahya (Sumber Foto; www.lensapujangga.com)

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, Muslimin Yahya dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam tempoh terdekat ini.

Menurut sumber, tindakan ini dilakukan olehnya kerana kecewa apabila kepimpinan UMNO Bahagian Sungai Besar tidak mencalonkan beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) selepas kematian Timbalan Menteri terbabit.

“Muslimin yang turut dikenali sebagai Cikgu Muslimin diantara individu yang disebut sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar selepas kematian bosnya (Noriah).

“Namum pucuk pimpinan telah memilih Budiman Mohd Zohdi sebagai calon dalam PRK tersebut dan telah meraih kemenangan besar dengan majoriti 9,191 undi,” katanya.

Difahamkan satu majlis pengumuman akan diadakan oleh PPBM bagi menamakan Muslimin sebagai calon PPBM di Sungai Besar, dan akan diadakan pada 23 April ini.

Sungai Besar merupakan kubu kuat BN di Selangor dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang yang kini disandang oleh Budiman Zohdi.

Pihak Wartawan Malaysia Kini 2.0 juga sedang cuba menghubungi Muslimin bagi meminta pengesahan mengenai kesahihan berita ini.