Mustahil Pembangkang Mansuhkan GST – Seng Giaw

Mustahil Pembangkang Mansuhkan GST – Seng Giaw

0
SHARE
Dr Tan Seng Giaw - Sumber Foto; mole.my

KUALA LUMPUR – Janji pembangkang yang kini bergabung di bawah PKR untuk memansuhkan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah mustahil untuk dilaksanakan.

Menurut ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, bagaimana satu sistem percukaian yang diguna pakai di lebih 170 buah negara boleh dimansuhkan tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain apatah lagi dalam manifesto gabungan tersebut menjanjikan pelbagai inisitiaf yang memerlukan ‘modal besar’.

Seng Giaw berkata pembangkang sengaja mereka-reka cerita buruk terhadap pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“GST satu sistem percukaian yang istimewa kerana mempunyai corak kaedah yang tertentu apabila dilaksanakan. Kalau hendak diubah, kita mesti ubah memerlukan satu reformasi yang besar.

“Kalau kita boleh sampai (kutipan GST) RM45-50 bilion dalam setahun, macam mana hendak dimansuhkan begitu sahaja? Apa akibat pemansuhan kalau lebih 100 negara termasuk negara jiran, Singapura dan Thailand turut laksanakannya,” beliau dipetik sebagai berkata.