Wednesday, September 23, 2020
Naib Canselor Nafi Dakwaan UiTM Dibuka Untuk Semua Kaum

Naib Canselor Nafi Dakwaan UiTM Dibuka Untuk Semua Kaum

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan Said menafikan dakwaan yang tular dalam aplikasi WhatsApp hari ini yang menyatakan bahawa universiti itu telah dibuka kepada semua kaum.

Beliau yang dipetik Kosmo Online turut menegaskan bahawa tiada kenaikan yuran di universiti itu seperti yang didakwa.

“Saya ingin menegaskan bahawa mesej yang tular dalam Whatsapp mengenai UiTM dibuka untuk semua kaum dan kadar yuran baharu adalah tidak benar,” tulis Hassan dalam Twiter rasminya VCUiTM @VCUiTM hari ini.

Satu mesej dalam aplikasi WhatsApp tular hari ini yang mendakwa UiTM akan dibuka kepada semua kaum dan kadar yurannya adalah sama seperti universiti awam lain.

Tambah mesej itu, tiada tempat khas untuk pelajar Melayu dan tidak ada lagi yuran sebanyak RM800 serta pelajar perlu mempunyai RM27,000 jika ingin mengikuti pengajian peringkat diploma.

UiTM yang ditubuhkan pada tahun 1956 dikhusus untuk kaum Bumiputera sahaja, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan…