Naikkan Harga Topeng Muka 6 Kali Ganda, Farmasi Di Beijing Didenda RM1.7...

Naikkan Harga Topeng Muka 6 Kali Ganda, Farmasi Di Beijing Didenda RM1.7 Juta

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Gara-gara menaikkan harga topeng muka enam kali ganda berbanding pembelian dalam talian, sebuah farmasi di Beijing hari ini didenda 3 juta yuan (RM1.7 juta) oleh Perbandaran Beijing.

Pengawal Selia Pasaran Perbandaran Beijing mengeluarkan notis penalti pentadbiran kepada Beijing Jimin Kangtai Pharmacy kerana menaikkan harga topeng muka N95, menurut satu kenyataan di laman webnya.

Memetik laporan Reuters, farmasi berkenaan didakwa kerana menaikkan harga topeng jenama 3M kepada 850 yuan (RM500) dan 143 yuan (RM84) bagi setiap kotak.

Setakat ini, Perbandaran Beijing giat melakukan pemantauan khususnya membabitkan peralatan perlindungan bagi melindungi diri daripada coronavirus.

Sejak 23 Januari lalu, sebanyak 31 kes kenaikan harga topeng muka dicatatkan di bandar raya berkenaan.

Penularan wabak coronavirus yang bermula di Bandar Wuhan sehingga kini mengorbankan 132 nyawa dengan hampir 6,000 rakyat di China turut dijangkiti.