Najib Dipanggil AMLA Berhubung Kes 1MDB

Najib Dipanggil AMLA Berhubung Kes 1MDB

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dipanggil Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Pekan itu hadir pada pukul 9.40  pagi tadi, namun kehadiran beliau gagal dirakam juru gambar berikutan beliau tidak melalui pintu utama Menara 238 di Jalan Tun Razak yang merupakan pejabat AMLA.

Difahamkan ini merupakan kali keempat Najib dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

Kosmo pada 20 September lalu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan iaitu empat pertuduhan berkaitan rasuah dan 21 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM2.28 bilion.

Najib, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

– K.ONLINE