Netizen Kutuk Madius Sanggup Terima Bantuan RM600

Netizen Kutuk Madius Sanggup Terima Bantuan RM600

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Sejak semalam hingga kini kesemua media sosial pelbagai medium memaparkan ulasan mengenai seorang Menteri Kanan kerajaan Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menerima skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM600.

Netizen mempersoalkan kewajaran Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sanggup menerima bantuan khas tersebut di mana selayaknya untuk pekebun-pekebun getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh.

Hampir 90 peratus (90%) daripada ribuan ulasan yang dimuat turun oleh netizen menyifatkan kenyataan Madius untuk menerima bantuan itu sebagai sifat tamak yang diperlihatkan oleh seorang Menteri Kanan yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM71,932 dan harta yang bernilai RM6,170,346.

Netizen berkata bahawa Madius meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin dan ahli politik yang tidak tahu malu, tamak kerana sanggup ‘menyedut’ apa sahaja di hadapan matanya.

“Mungkin dia (Madius) juga memohon bantuan-bantuan rakyat yang lain,” Wira dalam satu hantarannya pada pada lewat Sabtu baru-baru ini.

Anuar Rayyan pula membahas bahawa, “Bantuan monson untuk rakyat pun nak kebas .. ini bantuan untuk rakyat bukan wakil rakyat,” jelasnya dalam satu hantaran sebagai membalas ulasan milik Siti Rahmah Muzir yang berkata “Hak orang susah pun dia (Madius) kebulur”.

Terlalu banyak hantaran yang rata-rata mengutuk, menghina, menyindir dan memalukan Madius yang jelas bahawa kenyataan Madius di Kobe, Jepun pada Sabtu lalu untuk mempertahankan bahawa beliau berhak untuk menerima bantuan itu atas sebab memiliki kebun getah seluas 10 ekar di Tamparuli.

Warga netizen pada keseluruhannya merumuskan bahawa Madius seorang pemimpin yang tidak boleh diharap, mementingkan diri sendiri serta perjuangannya hanya kepada keterusan hidup beliau dan keluarga semata-mata.

“Madius bukan seorang pemimpin yang baik, bukan menteri yang baik, bukan wakil rakyat yang baik dan bukan seorang kawan yang baik,” Anddy Lee dari Penampang dalam satu hantaran yang mendapat reaksi 670 suka (like) dalam tempoh dua jam.

Anddy berkata, Madius hanya berkawan dengan orang-orang berduit, tauke-tauke serta sesiapa sahaja yang mampu memberi keuntungan kepada beliau.

“Sebab itu ramai ahli UPKO yang lari dan ini termasuk bekas bendahari agung parti itu,” tambah seorang pelayar internet dalam satu hantaran.

“Madius memberi seribu dalih untuk membantu rakyat,” kata seorang pelayar lagi.

Warga netizen rata-ratanya marah terhadap Madius ekoran daripada kenyataannya untuk menerima secara terbuka bantuan khas BMT sebanyak RM600 itu.

SANGAT MEMALUKAN!!!

Berikut merupakan beberapa lagi ulasan yang dimuat turun oleh netizen berhubung isu Madius yang menerima BMT sebanyak RM600 tersebut;