New Zealand: Umat Islam Dibunuh Dengan Kejam Di Masjid

New Zealand: Umat Islam Dibunuh Dengan Kejam Di Masjid

0
SHARE

CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND – Umat Islam dibunuh kejam apabila tembakan rambang yang dilepaskan oleh seorang individu di sebuah masjid yang penuh dengan jemaah Muslim bagi menunaikan solat jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini, telah menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan lebih 20 cedera parah dalam insiden dua serangan tembakan rambang di dua masjid berbeza.

Menurut seorang saksi ditempat kejadian berkata, dia telah melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar beberapa puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengesahkan insiden berdarah tersebut dan menyifatkan insiden berkenaan sebagai serangan pengganas dan merupakan satu perisitwa paling buruk dalam sejarah negara ini.

Polis New Zealand berkata, pihaknya telah mengenalpasti seorang penembak dalam insiden tembakan rambang di masjid sekitar Christchurch hari ini sebagai Brenton Tarrant.

Brenton Tarrant…

Menurut polis, Brenton, 28, yang merupakan seorang warga Australia dipercayai melakukan bersama empat orang lagi suspek di mana insiden tembakan itu dirakam sendiri oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung (LIVE) dalam laman media sosial Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Dalam insiden tembakan yang membunuh umat Islam ini, seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch.

Dalam pada masa itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dalam Twiter hari ini turut berkata bahawa seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch dan mangsa tersebut sedang menerima rawatan di hospital.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan ketika ini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.