NGO GERAM: Kecam Kenyataan Peter Anthony Pertahan Perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah

NGO GERAM: Kecam Kenyataan Peter Anthony Pertahan Perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah

0
SHARE

NGO GERAM: Kecam Kenyataan Peter Anthony Pertahan Perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah

1. Gerakan Rakyat Malaysia (GERAM) mengecam kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Dato’ Peter Anthony yang mempertahankan perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah yang baharu, Amarjit Singh atas alasan kononnya beliau adalah seorang jurutera air yang berkelayakan.

2. Harus diingat persoalan utama yang cuba dibangkitkan oleh majoriti rakyat Sabah ketika ini kepada Peter Anthony dan Shafie Apdal adalah, kenapa orang awam yang tidak pernah menjadi penjawat awam dilantik sebagai pengarah dalam agensi kerajaan negeri dalam masa yang sama begitu ramai penjawat awam yang kini masih berkhidmat dikalangan jurutera air yang berpengalaman, kemudian mereka masih mengetuai agensi jabatan air di seluruh negeri Sabah tidak dilantik mengisi jawatan tersebut.

3. Turut dipersoalkan ialah Amarjit juga adalah setiausaha parti warisan putatan dan secara jelas ini akan mewujudkan konflik kepentingan (conflict of interest) kepada Amarjit. Bukankah sebaiknya setiap penjawat awam yang berstatus pengarah itu sepatutnya bebas daripada menjadi ahli politik bagi membolehkan keputusan dibuat bukan bersandarkan kepentingan peribadi.

4. Adakah jurutera-jurutera air daerah ketika ini tidak mempunyai pengalaman sehingga Amarjit dilantik. Malahan kebanyakan jurutera-jurutera-jurutera daerah ini telah berkhidmat sebagai penjawat awam sehingga melebihi 20 tahun lamanya dan mereka juga adalah jurutera yang cukup terlatih.

5. Tindakan kerajaan warisan ketika adalah jelas telah melanggar etika integriti dan tidak pernah diamalkan dalam mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

6. Justeru GERAM akan menulis surat bantahan kepada Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk melihat salah laku kuasa yang secara jelas telah lakukan oleh Peter termasuk Shafie ini.

7. Tindakan Shafie melantik orang awam walaupun mempunyai kelulusan yang diperlukan untuk menjadi penjawat awam, berstatus pengarah di agensi kerajaan negeri juga secara jelas telah menutup peluang penjawat awam yang telah lama berkhidmat untuk mengisi jawatan pengarah tersebut.

BAHARUDDIN BIN SYIHAB,
PENGERUSI,
GERAKAN RAKYAT MALAYSIA@GERAM (SABAH).