Nike Tarik Balik Kasut Rekaan Terbaru Ekoran Melambangkan Perhambaan Dan Penghinaan

Nike Tarik Balik Kasut Rekaan Terbaru Ekoran Melambangkan Perhambaan Dan Penghinaan

0
SHARE

WASHINGTON – Bekas bintang Liga Bola Sepak Amerika(NFL), Colin Kaepernick mengkritik hebat rekaan kasut terkini jenama Nike iaitu Air Max 1 USA kerana melambangkan perhambaan.

Ini menyebabkan syarikat berpengaruh sukan Nike menarik semula kasut tersebut susulan kritikan hebat daripada Kaepernick.

Namun, memetik akhbar Wall Street Journal, Nike menyatakan bahawa produk Air Max 1 USA itu menampilkan bendera era Revolusi AS atau nama lainnya, Betsy Ross pada bahagian tumit kasut itu sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai ini.

Kaepernick sebelum ini mendakwa bahawa rekaan yang memaparkan 13 bintang putih dalam bentuk bulatan itu adalah satu penghinaan.

Corak itu, katanya, mempunyai kaitan dengan zaman perhambaan di AS selepas negara itu bebas dari cengkaman Britain.

NIKE Air Max 1 USA (Pandangan Tepi)…
NIKE Air Max 1 USA (Pandangan Belakang)…

Kumpulan pelampau kulit putih yang membenci kepelbagaian kaum di AS menggemari corak tersebut, kata akhbar berkenaan.

Nike sudah membekalkan kasut itu kepada peruncit tetapi menariknya semula dan memadamkan imej produk tersebut dari laman webnya.

“Nike memilih untuk tidak memasarkan Air Max 1 Quick Strike Fourth of July ini kerana menampilkan corak bendera lama AS,” kata jurucakap Nike kepada Wall Street Journal.

Harga kasut itu yang boleh dibeli secara online. Penjual semula kasut itu mencecah AS$2,000 (RM8,278) berikutan kontroversi tersebut.