Nora Danish Tinggalkan Dunia Lakonan

Nora Danish Tinggalkan Dunia Lakonan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Nora Danish yang kini bergelar isteri kepada Nedim menyuarakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan untuk memberi keutamaan kepada keluarga.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitcom Puteri ini berkata, tindakan yang diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan.

Menurut Nora, sebagai isteri, dia perlu mematuhi permintaan suami kerana keluarga kini menjadi keutamaannya.

“Saya bukan terus berhenti, sebaliknya hanya memperlahankan rentak dalam bidang seni. Saya kini meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, jadi saya perlu lebih selektif serta teliti sebelum memberikan kata persetujuan untuk menerima sesuatu tawaran.

“Tiada apa yang saya harapkan kecuali ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan. Alhamdulillah, saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan begitu mengambil berat. Suami juga handal memasak,” katanya.

Pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Glass House, Kuala Lumpur.

Ketika ini, Nora mahu memberikan fokus untuk mengukuhkan jenama yang diusahakannya.

Kata Nora juga, untuk himpunan terbaharu, beliau turut bekerjasama dengan jenama Rijal & Co memperkenalkan koleksi baju Melayu yang menampilkan Harris Baba sebagai model.

– H.Ekspres