Nurul Aida Buat Laporan Polis, Mahu Pelaku Ditangkap

Nurul Aida Buat Laporan Polis, Mahu Pelaku Ditangkap

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar  institut pengajian tinggi di Shah Alam, Selangor yang gambarnya viral menjadi bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membuat laporan polis hari ini.

Laporan tersebut dilakukan Nurul Aida Azira Mohd. Kassim, 19, di Balai Polis Pandamaran, Klang pukul 9 pagi.

Menurut Nurul Aida, tindakannya itu bagi memastikan pelaku yang mencuri dan menyunting gambar tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Saya menukar pendirian untuk membuat laporan polis selepas mendapat pandangan daripada ibu bapa, kawan-kawan dan pensyarah sendiri.

“Sehubungan itu, biarlah pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya di sini semalam.

Berdasarkan gambar viral tersebut, Nurul Aida dilihat seperti memegang sepanduk Pakatan Harapan dengan tertera agar memangkah logo parti itu pada hari pengundian 9 Mei depan.

Nurul Aida yang merupakan model sambilan memberitahu, penyebaran gambar tersebut diketahuinya selepas mendapat mesej daripada beberapa orang rakan beberapa hari yang lalu.

“Gambar tersebut sebenarnya diambil semasa menjadi model kepada produk tudung sebelum dimuat turun dalam laman instagram Januari lalu.

“Sebulan kemudian saya padam gambar itu. Justeru, saya hairan dan mahu pihak yang mencuri gambar peribadi itu tampil memohon maaf kepadanya,” katanya.