Orang Melayu Islam Mula Rasa Kesal Bantu Kemenangan PH – PAS

Orang Melayu Islam Mula Rasa Kesal Bantu Kemenangan PH – PAS

0
SHARE
Datuk Che Abdullah Mat Nawi...

Menurut kenyataan yang dipetik MyNewsHub.TV, akhbar itu melaporkan kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang melihat kepada reaksi masyarakat di media sosial sejak PH mentadbir negara ini.

“Perkembangan yang berlaku di bawah kerajaan PH sekarang agak membimbangkan berkaitan isu ketuanan Melayu dan Islam…

“Contohnya pelantikan jawatan penting dalam bidang kehakiman. Bekas-bekas pemimpin PAS yang kini bersama PH pun mungkin tidak suka apa yang berlaku itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Che Abdullah, pemimpin PH terbabit terpaksa mencari seribu alasan bagi menghalalkan segala tindak tanduk kerajaan PH kerana mereka telah memilih.

Beliau seterusnya menyelar media baharu proPH kononnya membandingkan seorang bukan Islam yang jujur, telus dan integriti berbanding orang Islam tidak jujur dalam jawatan penting kerajaan.

“Mengapa hendak banding dengan orang Islam yang rasuah dan tiada integriti. Sedangkan ramai orang Islam yang ada integriti,” katanya.