Padan Muka Yang Undi Pakatan Harapan (PH)

Padan Muka Yang Undi Pakatan Harapan (PH)

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Memang dah jadi sifat semula jadi ramai orang melayu. Sesal hanya di dalam hati, nama nak mengaku salah tidak sama sekali.

Itulah perasaan yang sedang melanda 25% orang melayu yang mengundi PH baru2 ini terutama anak-anak muda. Mereka tidak menjangkakan mereka bakal di tipu dengan janji2 Pilihanraya.

1) Mereka yakin minyak akan jadi RM1.50/liter tetapi habuk pun tak ada.

2) Mereka yang duk di felda tidak jangka bantuan kepada peneroka yang dijanjikan termasuk hapus hutang tidak ditunaikan dan hanya dapat bonus ‘ciput’ tidak seperti era DS Najib.

Ibu bapa mereka gugur airmata kerana anak-anak mereka yang terhukum…

3) Mereka yakin Tol akan di hapuskan. Tetapi mungkin naik lagi kalau tak kena gaya.

4) Mereka yang ada hutang PTPTN yakin mereka akan dilepaskan dari membayar hutang dan semuanya dapat free.

5) Mereka percaya tanpa GST barang akan turun harga walaupun dah jelas GST yang dilaksanakan lebih 3 tahun lalu tanpa naik tetapi barang tetap naik harga.

sekarang makin melambong2 harganya walau tanpa GST…

6) Mereka ingat BR1M akan kekal rupanya makin turun dan ramai yang sudah tidak lagi menerimanya. Semasa dapat BR1M dulu mereka terima sambil kutuk DS Najib sekarang jumlah 7juta penerima hanya tinggal 2juta sahaja.

Akibat tidak pandai bersyukur…

8) Nelayan dan pertani yang gah mengibar bendera PH sekarang baru sedar segala bantuan kepada mereka di kaji semula dan mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan.

9) Kakitangan awam yang secara terbuka menentang BN sekarang baru sedar ada yang hilang kerja dan kenaikan gaji yg BN janji semuanya belum pasti dapat bahkan bakal dikurangkan.

10) Polis dan Tentera yang secara terang undi PH baru-baru ini telah sedar kebajikan mereka yg dijanjikan oleh BN belum pasti mereka akan menikmatinya.

11) Mereka yakin dengan tukar Kerajaan BN ke PH, Melayu tetap berkuasa tetapi sekarang mereka mulai sedar dan merasakan yang jadi PM adalah Tun M, tetapi yang menentukan hala tujunya adalah DAP.

12) Mereka percaya tuduhan dan fitnah terhadap DS Najib tetapi selepas PH menang, Tun M kata isu 1MDB dan isu derma RM2.6B tiada bukti untuk didakwa maka mereka melopong tanpa rasa bersalah.

13) Kini mereka mula sedar DAP yang untung, melayu mula terpinggir, Raja-Raja Melayu sudah tidak dihormati, Islam makin terancam, hak melayu makin hilang tetapi mereka pura2 puashati. apa pun tanggong lah 5 tahun ini.

Ingatan telah kami berikan, penjelasan telah kami sampaikan tetapi anda tetap hendak cuba menukarnya. Sekarang anda tanggong lah sendiri…

– NUKILAN MEJAR HUAN PENANG

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi pengirim/pembaca dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…