Pakar Perubatan Dari Tentera China Dikerah Bagi Menangani Koronavirus

Pakar Perubatan Dari Tentera China Dikerah Bagi Menangani Koronavirus

0
SHARE

WUHAN, CHINA – Pakar perubatan dari pasukan tentera China┬átelah diarahkan oleh kerajaan China bagi┬ámenangani penularan wabak coronavirus yang sehingga kini meragut 41 nyawa dan turut tersebar ke beberapa negara.

Pakar perubatan yang tiba menaiki pesawat tentera semalam termasuk doktor berpengalaman merawat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Ebola, berikutan penambahan pesakit serta penduduk tempatan yang bimbang dijangkiti virus berkenaan.

Memetik laporan AFP, media tempatan melaporkan China mengerahkan 450 pegawai perubatan tenteranya ke Wuhan berikutan kebimbangan kerajaan pusat berhubung penularan wabak berkenaan.

Berikutan penularan wabak terbabit, sambutan Tahun Baharu Cina di republik itu dilaporkan dalam suasana sederhana apabila jutaan rakyat dikenakan perintah berkurung.

Sambutan yang dirancang secara besar-besaran juga terpaksa dibatalkan apabila pihak berkuasa mengeluarkan perintah larangan perjalanan di wilayah Hubei, menjejaskan 56 juta penduduk.

Sebaliknya, orang ramai memenuhi farmasi berhampiran bagi membeli topeng muka, sarung tangan dan cecair pembersih tangan kerana bimbang dijangkiti wabak terbabit.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan turut mengeluarkan arahan pemeriksaan kesihatan ke atas penumpang kapal terbang, kereta api dan bas di seluruh negara.