Pakar Startegi DAP Akui Pembangkang Kalah Dalam PRU-14

Pakar Startegi DAP Akui Pembangkang Kalah Dalam PRU-14

0
SHARE
Dr Wong Chin Huat (Sumber Foto; FMT)

KUALA LUMPUR – Kajian yang dijalankan oleh Dr Wong Chin Huat mendapati bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai harapan untuk menjadi parti pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dr Wong Chin Huat pakar strategi DAP yang mengetuai Program Kajian Politik di Penang Institute, sebuah badan pemikir yang didanai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan  dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kepakaran Dr Wong adalah dalam bidang pilihan raya di mana tesis PhD beliau yang diserahkan kepada University of Essex pada Ogos 2011 adalah bertajuk “The Implications of the Electoral System for Party Competition in West Malaysia, 1982-2004”.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dalam tesis itu jelas menyatakan bahawa pembangkang untuk berkuasa di peringkat pusat adalah hampir tiada kerana faktor excessive gerrymandering and mal-apportionment of constituencies.

“Dr Wong semalam mengaku bahawa beliau meragui adanya ‘tsunami Melayu’  dan menyebut tidak ada apa-apa bukti meyakinkan mengenai adanya ‘tsunami Melayu’.

“Beliau (Dr Wong) menyatakan dengan persempadanan semula yang meningkatkan bilangan kerusi majoriti Melayu dan bilangan pengundi Melayu dalam kawasan campuran, hanya pengundi bukan Melayu sahaja yang boleh mengekalkan kedudukan PH.

“Dr Wong berkata berdasarkan hasil persempadanan semula dan ketidakpastian tsunami Melayu ini, jangkaan selamat boleh dibuat bahawa PH tidak mempunyai peluang langsung untuk menang tanpa 85 peratus pengundi keluar mengundi,” katanya.

Dr Kamarul Zaman berkata, apa yang menarik Dr Wong menjelaskan pembangkang akan menyalahkan satu sama lain atas kehilangan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menjadi lebih pro-Melayu dan lebih menyokong agenda PAS.

“Dr Wong menjangka bahawa tindakan DAP meninggalkan Gagasan Rakyat pada tahun 1995, meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 dan meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015 akan berulang lagi selepas ini.

“Alasan yang sama  digunakan DAP sewaktu meninggalkan Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, iaitu DAP mungkin akan terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang bagi menjaga tapak sekular dan bukan Islamnya,” katanya.

Dr Kamarul Zaman berkata, satu satu perkara yang menggembirakan Dr Wong apabila Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengudian jatuh pada hari Rabu bagaimanapun, kegembiran itu sementara apabila kerajaan menyatakan hari berkenaan adalah cuti umum.

“Inilah rahmat dari pemilihan Hari Rabu sebagai hari pengundian, ia secara tiba-tiba membuatkan pakar strategi terkemuka DAP sendiri mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad gagal bawa ‘tsunami Melayu’, PH akan kalah dan DAP akan tinggalkan pakatan,” katanya.