Palestin Putuskan Semua Ikatan Dengan Israel dan AS

Palestin Putuskan Semua Ikatan Dengan Israel dan AS

0
SHARE
Mahmoud Abbas...

KAHERAH, MESIR – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini memutuskan semua ikatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), termasuk kerjasama keselamatan.

Abbas berkata, pelan damai yang dinyatakan Presiden AS, Donald Trump, pada Selasa lalu ‘adalah pencabulan terhadap pemberian autonomi’ yang dilancarkan di Oslo oleh Israel dan Palestin pada 1993.

“Israel perlu bertanggungjawab selaku negara yang menceroboh wilayah Palestin,” katanya pada mesyuarat tergempar Liga Arab di sini, hari ini.

Menerusi pelan itu, Israel kekal menguasai Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ dan menambah penempatan di tanah milik Palestin.

Trump yang dipetik AFP berkata bahawa penduduk Palestin akan dibenar untuk mengiktiraf ibu kota dalam lingkungan timur Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin menolak pelan damai berkenaan dan menganggapnya ‘layak dicampak sebagai sampah sejarah’.