Para Imam Yang Dipecat Dan Ditukarkan Perlu Terima Keputusan MAIPs – Raja...

Para Imam Yang Dipecat Dan Ditukarkan Perlu Terima Keputusan MAIPs – Raja Muda Perlis

0
SHARE
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, PERLIS – Imam-iman yang dipecat dan ditukarkan disaran supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan hati terbuka dan berlapang dada, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, ini bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah sangka terhadap keputusan MAIPS itu.

“MAIPs membuat keputusan memecat dan menukarkan imam-imam terbabit dalam usahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan. Untuk itu, MAIPs menggariskan beberapa panduan bagi mencapai maksud tersebut.

“Keputusan yang dibuat ini adalah sebahagian proses berterusan membabitkan pelbagai aspek ┬ápengendalian dan pengimarahan masjid,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan seramai 25 imam dipecat dan 10 lagi ditukarkan melalui surat Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) tanpa menyatakan sebab, bertarikh 31 Disember lepas.

– BERNAMA