PAS Bersedia Jalin Kerjasama Dengan MCA Dalam Tangani Isu Kepentingan Rakyat

PAS Bersedia Jalin Kerjasama Dengan MCA Dalam Tangani Isu Kepentingan Rakyat

0
SHARE

PETALING JAYA – Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mengatakan PAS kini bersedia untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk MCA, dalam menangani isu kepentingan rakyat dan negara

Namun, Idris menegaskan sekiranya kedua-dua parti itu bersetuju untuk bekerjasama, MCA tidak akan menjadi jelmaan kepada PAS atau sebaliknya. PAS juga akan tetap mempertahankan pendirian dan teras perjuangan parti itu demi menjaga agama dan bangsa seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada masalah jika mereka sedia bekerjasama dengan kita (PAS) untuk menyelesaikan isu sejagat. Dalam konteks sebegini, PAS ‘tak’ jadi MCA dan MCA ‘tak’ jadi PAS,” kata Idris yang dipetik dalam laporan Utusan Online.

Beliau mengulas kenyataan ini susulan daripada kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bersedia be­kerjasama dengan Pas dalam isu-isu membabitkan kepenti­ngan negara.

Dalam pada itu, Idris Ahmad berkata, PAS menyifatkan pendirian dan prinsip parti itu dalam mempertahankan agama dan bangsa tidak bersifat perkauman.

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika kita amalkan perkauman, sudah tentu bangsa lain yang hidup di Kelantan dan Terengganu ditindas…

“Yang salah adalah jika orang Melayu menindas bangsa lain. Adakah kita cakap pasal Islam dan Melayu itu perkauman?” katanya.