PAS Sasar Tanding 100 Kerusi Parlimen

PAS Sasar Tanding 100 Kerusi Parlimen

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR – PAS hari ini membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang “mudah menang” manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.

“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.

“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Nasrudin sebelum itu menghadiri Konvesyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

Katanya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Malah katanya pertandingan tiga penjuru itu tidak semestinya memberi kelebihan kepada BN.

– M.Kini