PAS Tolak Anwar Jadi Perdana Menteri, Tun M Digesa Galas Jawatan Hingga...

PAS Tolak Anwar Jadi Perdana Menteri, Tun M Digesa Galas Jawatan Hingga PRU15

0
SHARE
Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

MARANG, TERENGGANU – Persiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian parti tersebut bahawa jawatan Perdana Menteri perlu terus kekal digalas oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad  sehingga habis penggal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Abdul Hadi Awang, kelayakan Tun Mahathir sangat sesuai dibandingkan dengan mereka yang terpalit dengan masalah peribadi.

Beliau turut menjelaskan bahawa ramai sedia maklum Tun Mahathir juga meruapakan seorang pemimpin yang diterima majoriti Ahli-Ahli Parlimen sama ada daripada UMNO, PAS atau sebahagian daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

“Bukan pemimpin yang ada masalah peribadi, dengan sebab itulah pada kita biarlah Tun (Dr. Mahathir) pimpin lagi (jadi Perdana Menteri). Biar beliau sendiri kendalikan urusan ini dan perlu seorang PM yang boleh diterima majoriti Ahli Parlimen.

“(Sedangkan) Anwar, parti dia sendiri pun (PKR) tak terima dia, ini macam mana? Pecah dua dan sebahagian (ahli dan penyokong) PKR terima dan sebahagian lagi tidak.

“Macam Tun (Dr. Mahathir) UMNO dan PAS boleh terima, sebahagian daripada PKR boleh terima dan kita lihat majoriti Ahli Parlimen dengan Tun. Sebab itu alasan kita, Tun terus kekal sebagai PM, bukan alasan tidak berpijak,” katanya.

Kenyataan Abdul Hadi diambil sebagai ulasan terhadap satu wawancara yang dilakukan Bloomberg bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan beliau sangat optimis bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan, tahun depan.