Pasangan Beregu Campuran Negara Mara Ke Separuh Akhir All England

Pasangan Beregu Campuran Negara Mara Ke Separuh Akhir All England

0
SHARE

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya melangkah dengan bergaya ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Jelajah Dunia Super 1,000 All England selepas menampilkan aksi cemerlang semalam.

Pada aksi perlawanan semalam di mana kedudukan pasangan beregu Malaysia mendahului 7-6 pada set penentuan, rentak permainan Soon Huat sedikit perlahan apabila beliau mengalami kesakitan di bahu kanan, namun mampu bertahan sehingga menamatkan permainan.

Namun, berada pada ranking ke-13 dunia tidak membuatkan pasangan beregu terpaksa bekerja keras mempamerkan semangat juang yang tinggi hingga ke set penentuan bagi menyingkirkan pasangan beregu pada ranking kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongpin 13-21, 22-20, 21-18 dalam aksi di Arena Birmingham.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino di saingan empat terbaik selepas menyingkirkan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow 24-22, 21-19.