Pasangan Beregu Lelaki Negara Mara Ke Final Kejohanan Badminton All England 2019

Pasangan Beregu Lelaki Negara Mara Ke Final Kejohanan Badminton All England 2019

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu lelaki Negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton All England 2019 selepas menewaskan pasangan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menjadi mangsa pada aksi separuh akhir awal pagi tadi di Arena Birmingham.

Pasangan beregu negara yang mendapat gelaran ‘pembunuh gergasi’ mempamerkan aksi 59 minit yang mendebarkan untuk menyingkirkan pasangan beregu Indonesia yang berada di ranking ke-9 dunia dengan keputusan 12-21, 22-20, 21-19.

Dalam perlawanan yang mendebarkan awal pagi tadi, Aaron-Wooi Yik yang juga pemegang ranking ke-18 dunia bermula dengan baik pada set pertama bagaimanapun mendapat tekanan dan serangan hebat daripada pasangan Indonesia itu tewas pada set pertama, bagaimanapun bangkit di set kedua hingga mengikat kedudukan 20-20.

Namun, pasangan beregu lelaki negara tetap mempunyai semangat juang yang tinggi dan turun tanpa tekanan untuk mencuri peluang bagi mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menang set kedua 22-20.

Di set ketiga, Aaron-Wooi Yik meningkatkan serangan demi serangan untuk memenangi set ketiga dengan 21-19 sekali gus menempah slot akhir All England pada penampilan sulung mereka.

“Sudah tentu kami sangat gembira hari ini, kami tidak sangka dapat pergi sejauh ini sehingga ke peringkat akhir…

“Saya bagitahu dia (Wooi Yik) untuk tidak fikirkan kemenangan tetapi fikirkan bagaimana untuk mendapatkan mata (perlawanan),” kata Aaron dalam rakaman temu bual di akaun twitter @YonexAllEngland.

Menanti Aaron-Wooi Yik di final, pasangan mantap dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang menduduki ranking ke-7 dunia.