Pasangan Kekasih Ditahan Kerana Miliki Air Ketum

Pasangan Kekasih Ditahan Kerana Miliki Air Ketum

0
SHARE

KOTA BHARU, KELANTAN – Pasangan kekasih ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam sekatan jalan raya di Bukit Payong, Kota Bharu awal pagi hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian 1 pagi itu, polis turut menahan lima lelaki positif methampethamine.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pasangan kekasih berusia 20 an yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil tanpa nombor pendaftaran ditahan dalam Ops Gempur sempena sambutan Hari Malaysia.

Katanya, dalam operasi berkenaan, pihaknya, menjalankan dua sekatan jalan raya iaitu di Jalan Hamzah dan satu lagi di Bunut Payong menghala ke Kota Bharu.

“Suspek dipercayai bertindak membuang air ketum di dalam kereta yang dinaikinya bagi mengelakkan ditahan polis. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menemui air ketum bertakung di bahagian bawah sebelah pemandu.

“Polis turut menemui beberapa botol berkapasiti 1.5 liter dan 500 mililiter yang dipercayai untuk menyimpan air ketum.

“Susulan itu, lelaki bersama teman wanitanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki memiliki kerambit dan seorang lagi memilik kereta disyaki klon.

“Dalam sekatan jalan raya, kita menjalankanpemeriksaan terhadap 239 pemandu dan penunggang motosikal.

“Sebanyak 58 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dan dua kenderaan disita,” katanya.

Beliau turut menasihatkan, masyarakat meletakkan kenderaan di tempat selamat serta menggunakan kunci tambahan untuk mengelakkan kejadian curi kenderaan.